Anak mati depan mata

WhatsApp Image 2019-07-25 at 10.58.45 AM

Jika perkara ini berlaku di depan mata, bagaimana kita menghadapinya?. Namun, apa yang dipaparkan dalam gambar ini menjadi kebiasaan di Idlib, Syria.

Saat-saat menyayat hati seorang bapa melihat anak-anaknya bertarung dengan maut telah dirakam sejurus bandar Ariha menjadi sasaran serangan udara tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia pada 24 Julai 2019.

Amjad al-Abdullah, cuba meluru untuk mengapai tangan anakya, Rawan, yang tergantung selepas bajunya tersangkut di celah runtuhan bangunan.

Usahanya gagal kerana Rawan jatuh selepas itu. Dia terselamat namun berada dalam kritikal.

Di lokasi yang sama, dua lagi anaknya tertimbus dengan kepala terjulur keluar.

Salah seorang kakak kepada Rawan berjaya diselamatkan dan kini diberikan rawatan.

Namun seorang lagi, Riham yang berusia lima tahun terbunuh.

“Dia telah mencuba menenangkan mereka dan menarik dari sisi tetapi mereka jatuh juga akhirnya.

Saya letak kamera dan bergegas ke arah mereka. Saya mempunyai anak perempuan yang sebaya,” kata jurugambar Sy24, Bashar al Sheikh, yang sebelum ini merakam detik-detik cemas itu.

Selain kehilangan anak, serangan berkenaan turut meragut nyawa isteri Amjad.

Tulisan ini telah dipetik dan diolah dari laporan yang disiarkan www.telegraph.co.uk. Foto Sy24

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini