ANAK KECIL HULUR SUMBANGAN I IMAN & IBRAHIM

29389376_1624083057678526_5600525633294696448_o

Pejabat Syria Care dikunjungi oleh adik Iman dan Ibrahim bersama ibu dan bapa mereka pagi ini untuk menyerahkan sumbangan yang telah mereka kumpulkan.

Wang sebanyak RM12,060.00 yang diserahkan adalah hasil sumbangan ahli Keluarga Munir untuk disampaikan kepada saudara-saudara mereka di dalam Syria yang sangat memerlukan ketika ini.

Jazakumullahu khairan jaza’ kepada seluruh ahli Keluarga Munir yang terlibat dalam kutipan sumbangan ini.

Juga tahniah diucapkan kepada ibu bapa dua anak comel ini kerana memberi pendedahan kepada anak-anak mereka tentang isu kemanusiaan saudara seagama kita terutamanya di Syria.

Semoga Allah berkati

#SyriaCareforhumanity #IniBukanKerjaMainmain #RM20forhumanity #TabungKemanusiaanSyriaCare

Kongsi Artikel Ini