AKTIVITI PEMULIHAN & KETERANGKUMAN SOSIAL ANAK-ANAK YATIM SYRIA

17155291_1256362931117209_2666561637428489556_n
Mereka ini adalah anak-anak yatim tajaan para penaja yang berhati mulia dan budiman. Anak-anak ini telah kehilangan tempat pergantungan malahan ada yang telah kehilangan sebahagian besar dari ahli keluarga mereka.
Sebahagian dari sumbangan penajaan dari para penaja disalurkan bagi aktiviti pemulihan trauma serta aktiviti sosial bagi menghilangkan rasa kesedihan, ketakutan serta trauma yang dialami oleh anak-anak ini akibat dari krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria.
Inilah antara aktivti yang dijalankan oleh petugas-petugas dari rakan kerjasama Syria Care di Syria. Lihatlah wajah mereka. Wajah kebahagiaan dan keriangan yang mungkin sudah lama dirindui.
Terima kasih kepada semua penaja-penaja. Semoga diberi ganjaran terbaik buat kalian. Andalah yang Allah pilih untuk bersama mereka meskipun dari kejauhan

 

 

Kongsi Artikel Ini