Agihan #Milk4Syria di Tawwamah (September 2016)

16508054_1227262884027214_3567721943959082964_n
#Milk4Syria Tempat : Tawwamah, Aleppo September 2016 Penghantaran Kontena Ke-4 Alhamdulillah, sumbangan rakyat Malaysia telah menyelamatkan kanak-kanak di Syria!

Kami baru sahaja menerima gambar-gambar agihan susu formula yangtelah selamat sampai ke tangan kanak-kanak di Tawwamah, Aleppo pada bulan September 2016 yang lalu dan ini adalah penghantaran kontena ke-4.

Seperti yang kita semua maklum, negara Syria sekarang sedang bergolak dan untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat buat si ibu sangatlah sukar. Maka, penghasilan susu ibu sangat tidak efektif dan susu formula juga tidak mampu dibeli buat si kecil. Oleh itu, dengan adanya susu ini dapatlah menambahkan zat dan nutrisi tambahan buat anak-anak kecil di Syria.

Terima kasih kepada para penyumbang. Allah sahaja yang dapat mengganjari kalian dengan sebesar-besar pahala dan keberkatan.

Kongsi Artikel Ini