Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib : Hari Pertama

IMG_6581

Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib

Hari Pertama

Alhamdulillah. Hasil sumbangan yang terkumpul melalui sumbangan orang ramai melalui Tabung Kecemasan Idlib telahpun berjaya dihantar ke sana.

Inilah agihan makanan untuk HARI PERTAMA.

🍕 Pek Makanan: 720 pek
🍕 Makanan: Nasi, ayam, yogurt dan roti.

Seramai 2,880 pelarian mendapat manfaat daripada agihan hari pertama ini.

Untuk makluman semua, penerima makanan ini adalah pelarian dari pinggiran Idlib Selatan dan juga pinggiran Hama yang lari dari kampung halaman mereka akibat pengeboman yang tidak henti di sana.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyumbang melalui Tabung Kecemasan Idlib yang Syria Care gerakkan.

Bantuan makanan akan diagihkan secara berperingkat.

#syriacaremedia #syriacareforhumanity

Kongsi Artikel Ini