Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib : Hari Kelima

IMG_8195

Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib

Hari Kelima

Alhamdulillah. Agihan bantuan makanan untuk pelarian Idlib bagi hari kelima telah berjaya dilaksanakan.

🍕 Pek Makanan: 750 pek
🍕 Makanan: Nasi, daging, kacang, yogurt dan roti.

Seramai 3,000 pelarian mendapat manfaat daripada agihan hari kelima ini.

Untuk makluman semua, penerima makanan ini adalah pelarian dari pinggiran Idlib Selatan dan juga pinggiran Hama yang lari dari kampung halaman mereka akibat pengeboman yang tidak henti di sana.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyumbang melalui Tabung Kecemasan Idlib yang Syria Care gerakkan.

Bantuan makanan akan diagihkan secara berperingkat.

#syriacaremedia #syriacareforhumanity

Kongsi Artikel Ini