‘A MOMENT WITH SYRIA’ di Masjid UMP, Gambang

57462816_2149503788469781_2313071172884889600_o

‘A MOMENT WITH SYRIA’

17 April 2019 Syria Care telah berbesar hati menerima jemputan daripada Universiti Malaysia Pahang melalui Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1(PEKA 1) bagi menyebarluaskan kesedaran mengenai isu kemanusiaan di Syria. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam bertempat di Masjid UMP Gambang.

Alhamdulillah program ini telah dihadiri oleh warga UMP Gambang kira-kira 131 orang. Turut hadir sama dalam majlis tersebut Ustaz Md. Abdu bin Sahak (Pegawai Hal Ehwal Islam, PIMPIN UMP Gambang) Pn. Nor Ashikin bt Basharuddin (Penasihat program).

Pengisian telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rizal Ali (Pengurus Besar Syria Care). Beliau telah memberikan pendendahan mengenai isu-isu semasa di Syria terutama sekali mengenai krisis kemanusiaan yang kian parah. Semoga dengan pendedahan isu ummah yang telah disampaikan akan menjadikan mahasiswa UMP lebih peka dan prihatin dengan kesengsaraan umat Islam diluar sana serta dapat melakukan sesuatu untuk membantu.

Terima kasih kepada Kolej Kediaman 1 kerana menjemput Syria Care untuk berkongsi sedikit sebanyak isu yang berkaitan dengan Syria dan Syria Care.

Semoga Allah berkati..

Syria Care was honoured to receive an invitation from Universiti Malaysia Pahang (UMP) through the Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PEKA 1) to spread the awareness on the humanitarian issues in Syria. The program was held from 9.00 pm and ended at 11.00 pm at UMP Gambang Mosque.

Alhamdulillah, this program was attended by about 131 people. Also present at the ceremony were Ustaz Md. Abdu bin Sahak (Islamic Affairs Officer, UMP Gambang PIMPIN) and Pn. Nor Ashikin bt Basharuddin (Program Advisor).

The talk was delivered by YBhg Ustaz Rizal Ali (General Manager of Syria Care). He exposed to the attendees about the current issues in Syria, especially about the ever-increasing humanitarian crisis. Hopefully with the exposure of the issue, will make UMP students more concerned with the suffering of Muslims out there and can do something to help.

Thank you to Kolej Kediaman 1 for inviting Syria Care to share some of the issues related to Syria and Syria Care.

Kongsi Artikel Ini