Agihan Set Iftar Kempen Ramadan Al Khair 9.0
30 Ramadan 1442H
Seramai 450 pelarian di sekitar Jisr Al Sughur, Syria telah menerima manfaat dari agihan set iftar tajaan orang ramai melalui Kempen Ramadan Al Khair 9.0.
.
Butirannya seperti berikut:
Lokasi: Kem Adam
Jumlah hidangan : 150 set
NGO Pelaksana: Shadi al Uwainah, Penyelaras Projek dan Media Syria Care
Menu: Ayam krispi dengan kentang
Jumlah penerima manfaat : 450 orang
Kepada para dermawan yang telah menyumbang bagi Kempen Ramadan Al Khair 9.0, jutaan terima kasih kami ucapkan.
Sumbangan anda telah memberi manfaat yang begitu besar kepada ratusan ribu pelarian di sana.
Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care dan sebarkan kebaikan.
#syriacareprojects #syriacareforhumanity #kempenramadanalkhair9 #KRAK9 #OderFood