“Eh banyak sangat tu”

161550673 1413033889035526 3381886092899779177 N

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kerja kami semasa di dalam Syria. Antara lawatan yang menarik adalah melawat dapur Ramadan Syria Care yang dikelola oleh rakan NGO kerjasama kami, Ulfah. Dapur ini terletak di Al Bab iaitu utara Syria dan telah beroperasi setiap kali Ramadan pada setiap tahun. Kami agak teruja kerana diberi peluang untuk sama-sama memasak pada hari itu sehinggalah mengagihkan kepada orang ramai.

Jika pada bulan Ramadan, dapur ini akan beroperasi selama 10 jam dan memerlukan sehinggga 50 orang pekerja bagi menyiapkan 3000 hidangan satu hari.

Bayangkan kami yang beberapa jam membantu pun sudah agak kepenatan itu pun dalam keadaan musim sejuk, inikan mereka yang bekerja pada bulan Ramadan dalam tempoh yang lama pada musim panas dan berpuasa.

Sewaktu mencedok nasi yang sudah siap dimasak ke dalam bekas, Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0, Ustazah Siti Sakinah menegurku.

“Eh banyak sangat tu”

“Oh lagi banyak lagi bagus kan?”

“Nanti tak muat bekas, akan ada ayam, sayur dan kekacang lagi”, jelas ustazah.

Kenapalah tidak terfikir begitu.

Ayamnya pula bukanlah saiz kecil tetapi saiz ayam yang dipotong empat dan banyak isinya.

Saya membayangkan jika di Malaysia, saiz makanan nasi Arab sebegini mungkin berharga RM50 sebekas. Tetapi harga di sini hanya RM15 sahaja tetapi 1 keluarga boleh menikmatinya. Tidak lupa juga air yogurt turut disertakan sekali dalam set RM15 ini.

Begitulah makanan yang akan diberikan kepada rakyat Syria pada bulan Ramadan akan datang melalui program Oderfood Syria Care. Bagi kita nilainya sedikit tetapi betapa besarnya nilai tersebut di sana.

Bayangkan hanya dengan RM15 kita telah membuat satu keluarga kenyang berbuka puasa dan tersenyum. Indahnya hidup bersaudara. Walaupun jauh beribu kilometer, kita dapat membahagiakan saudara seislam kita yang hidup susah di Syria.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Jom bersama kami menjadi sebahagian daripada kebahagiaan mereka pada bulan Ramadan ini.

http://oderfood.my/

Hafizah,
Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0
Al Bab, Syria

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini