Misi 12.0 | Ziarah rumah mangsa konflik Syria di Al Bab, Syria(1)

Dsc02326

Para Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 meneruskan perjalanan misi di Al Bab, Syria dengan melawat rumah Sabriah Haji Fadhil, seorang ibu yang menjaga tujuh orang anak dan seorang cucu.

Dia mempunyai dua orang anak kelainan upaya (OKU).

Anak perempuannya, 30 tahun menderita sakit yang menyebabkan wajahnya kelihatan tua daripada usia sebenar manakala anak lelakinya yang berumur 35 tahun mempunyai masalah mental.

Pada usia yang sudah lanjut dan kudrat yang terhad, Sabriah harus menjaga dan memberi perhatian yang tinggi kepada kedua orang anaknya.

Dalam keadaan kos sara hidup yang sangat tinggi, keluarga ini bergelut untuk mendapatkan keperluan asas.

Menurutnya, dia tidak mampu untuk membeli beras dan roti kerana harga barang mentah tersebut mencecah 500 sehingga 2,000 Lira.

Tim misi tampil menghulurkan sumbangan dengan harapan beban keluarga ini dapat diringankan.

Terdapat ramai lagi pelarian seperti mereka yang hidup melarat akibat konflik dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Bersama Syria Care, kita bantu.

Sadaqah

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini