Khemah terakhir yang dilawati para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 di Kem Azraq, Al Bab adalah milik Lukman, 23 tahun.
Ujian yang dilalui lelaki ini amat hebat.
Dia kehilangan tangan dan sebelah mata akibat serangan bom di kampung halamannya, Jabal Zawiyah.
Kini, dia tinggal di khemah bersama tiga orang anak dan isteri yang sedang hamil.
Penderitannya tidak terhenti di situ. Lukman turut mengalami kecederaan di rahang dan menyebabkannya sukar untuk makan.
Syria Care menghulurkan sumbangan dengan harapan beban yang ditanggungnya dan keluarga dapat dikurangkan.
Sadaqah
#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity