Misi 12.0 | Lawatan ke dapur Ramadan di Al Bab, Syria

Img 9063

Pada hari Jumaat, 5 Mac 2021 para petugas Misi Kemanusiaan 12.0 melakukan lawatan ke dapur Ramadan di Al Bab, Syria yang berada di bawah seliaan rakan kerjasama, Ulfah Humanitarian Relief.

Dapur tersebut mampu menghasilkan 3,000 set iftar setiap hari dan bakal beroperasi sepanjang Ramadan nanti.

Makanan yang siap dimasak dan dipek akan diagihkan ke kawasan Turkman Bareh, Al Bab dan Idlib.

50 petugas di dapur ini mampu memasak 500 ekor ayam, 50 kilogram daging dan 35 kilogram beras setiap hari dan penyediaanya mengambil masa selama 10 jam.

Selain nasi, menu lain yang turut dijadikan juadah iftar ialah shawarma.

Menurut mereka, bekalan bahan mentah yang digunakan adalah segar setiap hari.

Petugas misi juga dimaklumkan dapur ini dilengkapi ‘ventilator’ untuk menyedut asap dan ketika musim panas, langsir akan dibuka bagi memaksimumkan pengudaraan.

Tim misi kagum dengan kapasiti yang mampu dihasilkan oleh dapur ini dan usaha para petugas untuk memastikan makanan disediakan dalam keadaan terbaik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Syria Care amat berharap akan sumbangan orang ramai agar dapur ini dapat beroperasi dan memberi manfaat kepada para pelarian.

Sumbangan Kempen Ramadan Al Khair boleh dibuat di pautan:
http://oderfood.my/

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini