Misi 12.0 | Ziarah Abu Bara’, penjual minyak wangi di Gazientap

Img 8493

Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 pada 3 Mac 2021 diteruskan dengan menziarahi kediaman Abu Bara’.

Beliau ialah pelarian Syria yang tinggal di Gazientap dan bekerja sebagai penjual minyak wangi.

Mempunyai lima orang anak, dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit.

Sewaktu tim misi membuat lawatan, beliau ditemani dua orang anak kecilnya iaitu Bara’, enam tahun dan Zainab, dua tahun.

Bara’ meghidap penyakit saraf sejak dilahirkan menyebabkan anak kecil ini tidak boleh berjalan.

Rawatan bulanan diperlukan untuk merawatnya jadi para petugas tampil untuk membantu sedikit sebanyak kos yang diperlukan memandangkan keluarga ini tidak lagi menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana NGO.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung Abu Bara’ sekeluarga.

Bersama Syria Care, kita bantu.

Sadaqah

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini