Kediaman adik Israk ‘Asi, sebuah lagi keluarga pelarian Syria yang menetap di Gaziantap menjadi destinasi para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 yang seterusnya.
Israk, 14 tahun, merupakan salah seorang pelajar di Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda, sebuah sekolah tajaan Syria Care.
Dia dan keluarga melarikan diri kerana rumah mereka di bom oleh tentera rejim.
Lebih menyedihkan, dua orang rakan kembar yang bersamanya ketika kejadian meninggal dunia.
Meskipun Israk terselamat, kesan parut yang kekal di wajahnya sentiasa mengingatkan dia akan tragedi pahit itu. Bunyi letupan bom yang kuat juga masih segar di ingatannya.
Ketika ini, anak kedua daripada lima beradik ini tinggal bersama ibu bapanya di Gaziantap. Adiknya, Halah, juga bersekolah di Darul Huda.
Syria Care amat berbesar hati dapat membantu memberikan pendidikan yang baik kepada dia dan adiknya.
Melalui sumbangan berterusan orang ramai, lebih ramai kanak-kanak yang senasib dengan Israk bakal mendapat manfaat.
Bersama Syria Care, kita bantu.
https://syriacare.org.my/edu4syria/
#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity