Pek makanan@Oderfood bagi Bantuan Musim Sejuk 8.0 (BMS 8.0) telah diagihkan di sekitar Kafar Yahmul pada 1 Disember 2020.
Agihannya seperti berikut:
NGO Pelaksana: Khair Gota
Jumlah agihan : 200 pek makanan
Penerima manfaat: 200 keluarga
Satu pek makanan yang diterima setiap keluarga ini mengandungi makanan asas seperti minyak, beras, gandum dan lain-lain.
Ia dapat bertahan selama tiga minggu.
Kepada para penderma, sumbangan anda memberi makna besar kepada mereka kerana pada musim sejuk barangan keperluan asas amat terhad dan sukar diperolehi.
Bagi memastikan ia dapat dihantar kepada lebih ramai pelarian, sumbangan berterusan daripada anda amat kami perlukan.
Tempahan OderFood boleh dibuat di pautan:
https://syriacare.org.my/oderfood
atau salurkan sumbangan ke akaun Syria Care:
Maybank: 562106653575
CIMB Islamic: 8601894560
Bank Islam 12038010137755