RM1 dari setiap hasil jualan produk Ninie’s Kitchen, akan disalurkan terus ke tabung kemanusiaan Syria Care.
Perkara itu disepakati melalui Memorandum Persefahaman Bersama (MoU) pada 15 Disember 2020 (Selasa) di pejabat Syria Care.
Ia ditandatangani Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah binti Meor Omar Baki dan Pengasas Ninie’s Kitchen, Rosni binti Zainal Abidin.
Majlis turut disaksikan oleh Nur Dieana binti Mohd Mardzi, Pengurus Besar Syria Care dan Saiful Mualim selaku Penasihat dan rakan kongsi Ninie’s Kitchen.