Tadika Ulfah di Selatan Damsyik

16473484 1229708490449320 6928667413989807923 N
Alhamdulillah.. Syria Care dengan kerjasama Ulfah Human Relief (NGO didalam Syria) mengorak langkah dengan membuka sebuah tadika di Selatan Damsyik.
Tadika Ulfah nama diberi telah dibuka bagi memberi peluang kepada kanak-kanak sekitar umur 5-6 tahun terus menimba ilmu dan mendapat pendidikan awal walaupun keadaan negara mereka masih tidak stabil.
Terimakasih kepada semua yang menyumbang kepada Syria Care sehingga membolehkan kita menjalankan usaha-usaha sebegini. Semoga apa yang kita beri kepada mereka hari ini akan kita tuai hasilnya di Hari Qiamat kelak. Ameen.

 

 

Kongsi Artikel Ini