Alhamdulillah, Aqiqah bulan Februari 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya di dalam Idlib, Syria.
Penyembelihan aqiqah bagi adik Ahmad Haqimi bin Ahmad Halimi sebanyak seekor kambing telah disempurnakan dan pengagihan daging aqiqah kepada penduduk susah di sana telah dipertanggungjawabkan kepada NGO Al-Ahbab Human Institution di Idlib.
Terima kasih kepada ibu dan bapa adik Ahmad Haqimi kerana memberi kepercayaan kepada Syria Care untuk menjalankan ibadah ini. Semoga Allah menerima aqiqah ini sebagai ibadah yang sempurna. JazakumuLLahu khairan kathira.
Untuk makluman semua, aqiqah di Syria sentiasa terbuka untuk setiap bulan.