Kita semua berasa sedih melihat penderitaan yang mereka alami. Tetapi setakat berasa sedih tidak akan membantu mereka. Setakat berasa sedih tidak akan mengenyangkan mereka. Kita perlu melakukan sesuatu.Mulakan dengan menyebarkan maklumat tentang isu di Syria secara lebih agresif kepada keluarga dan sahabat-handai. Dan ambil peranan untuk mendapatkan dana untuk membantu mereka. Berbagai perkara yang boleh kita lakukan. Buatlah projek secara kecil-kecilan dan salurkan bantuan anda. Sekarang masa untuk bertindak. Nak berjihad tak perlu ke sana.Buatlah jihad anda di sini.
Bagi yang ingin mengedarkan flyers di kawasan masing-masing sila hubungi pejabat Syria Care dengan menghantar;
- Nama
- Alamat
- Nombor telefon
- Kawasan yang ingin diedarkan
Ke 011-37030900 untuk kami poskan.