Alhamdulillah. Pihak Syria Care menerima gambar-gambar daripada pihak pengurusan Maahad Abi Hanifah An-Nu’man, Al-‘Adnaniyah, Idlib tentang sesi persekolahan mereka baru-baru ini. Maahad ini menerapkan hafalan Al-Quran dan juga Pengajian Islam seperti Nahu, Feqah dan lain-lain dalam silibus pengajaran dan pembelajaran mereka, Alhamdulillah, 30 orang pelajar daripada maahad ini ditaja oleh Syria care hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia yang budiman.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang melalui #Care4Syria Syria Care. Sesungguhnya sumbangan anda amat bermakna buat anak-anak ini disamping menambahkan saham Akhirat anda sendiri!