Sidang Akhbar – Syria Care bersama Machine System Sdn. Bhd . 2016

12928184 974386639314841 273749907454507054 N

Satu majlis sidang akhbar telah diadakan di pejabat urusan Syria Care di Seksyen 13, Shah Alam siang tadi 29 Mac 2016. Antara tujuan sidang akhbar ini diadakan adalah bagi menandatangani satu memorandum persefahaman di antara Syria Care dan syarikat 1 Machine System Sdn. Bhd. Syarikat ini yang mengeluarkan produk sekuriti internet ‘Perisai’ akan menyalurkan dana kepada Syria Care bagi setiap pembelian produk ini.

Ini bermakna lebih ramai orang membeli Perisai maka lebih banyaklah bantuan kepada rakyat Syria melalui Syria Care dapat disalurkan. Pihak Syria Care telah diwakili oleh Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki selaku CEO dan 1 Machine System Sdn. Bhd. diwakili CEOnya Encik Abbyamir Safie. Majlis sidng akhbar ini juga bagi memberi hebahan berkenaan Kempen Ramadan Alkhair 4 yang sedang berlangsung.

Semoga usaha ini berjaya dan mendapat redho Ilahi. Kongsikan berita ini agar ramai orang mengethaui tentangnya. Sekian terimakasih.

Kongsi Artikel Ini