Sup Adas Buat Melapik Perut

http://youtu.be/OU6n92GEyQw

Keadaan di Syria sangat genting sekarang ini. Makanan semakin sukar didapati dan semakin ramai orang yang kebuluran.

Salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak Syria Care adalah dengan mengadakan Dapur Rakyat di mana makanan kering dikumpul dari beberapa kawasan dan dimasak di sini.

Dapur ini yang berada di Selatan Damsyiq yang merupakan satu kawasan yang terkepung secara sepenuhnya dapat memberi mkan kepada 350 keluarga yang datang untuk mengambil makanan yang berupa sup adas setiap 2 hari sekali.

Bayangkanlah keadaan mereka.Tiada roti atau nasi untuk dimakan bersama sup adas ini.Sekadar sup cair untuk dikongsi bersama seisi keluarga.Satu bekas dua hari.Agak-agaknya berapa sudu seorang ahli keluarga makan untuk sehari?

Ayuh membantu mereka dalam projek ‘Food4Syria’ 2015.

Kongsi Artikel Ini