Hampir 40 maut dalam tempoh 24 jam

84334897 1074379662900952 3061632630538633216 O

Lebih 36 maut kebanyakannya kanak-kanak dalam serangan berterusan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia ke atas kawasan pinggir Idlib dan Aleppo dalam tempoh 24 jam.

Jumlah mangsa dijangka bertambah kerana sehingga kini tiada petanda serangan akan berhenti.

Angka itu dikongsi Anas al Shamy di laman Facebooknya,

“36 syahid, kebanyakan mereka kanak-kanak akibat pengeboman ke atas kawasan pinggir Idlib serta Aleppo dan sehingga kini pengeboman masih berterusan”, tulisnya.

Sehingga kini tiada sebarang petanda yang regim Bashar serta sekutunya, Moscow akan menghentikan serangan meskipun Rusia mengisytiharkan gencatan senjata 12 Januari lalu.

Syria Campaign melaporkan kawasan yang dianggap selamat seperti barat serta selatan Aleppo sebelum ini telah dibom tanpa henti untuk enam hari berturut-turut. Tidak terkecuali Idlib.

“Saban hari kami melihat bilangan kematian yang semakin meningkat. Sungguh sedih apabila kita melihat begitu banyak keluarga tidak mempunyai tempat untuk dituju. Mereka ini menjadi saksi kematian di setiap penjuru. Kami cuba membantu mereka sebaik mungkin namun terlalu banyak kesakitan dan kepedihan. Jenayah perang yang terpaksa kami saksikan tidak tertanggung lagi.” antara status yang dimuatnaik dan dikongsi sukarelawan White Helmets, Ibrahim Haji Ibrahim di laman Facebooknya.


#syria #syriacaremedia #Idlibunderfire #STOPKILLINGSYRIANS

Kongsi Artikel Ini