Pada hari kesembilan, 26 November 2019, para petugas misi menziarahi Sekolah Ulfah yang terletak di Atma, Syria. Sekolah ini merupakan satu sekolah tajaan Syria Care hasil sumbangan rakyat Malaysia dan menempatkan 200 orang pelajar lelaki yang berumur 7 hingga 13 tahun.
Ketika lawatan, para petugas disambut meriah dengan persembahan oleh pelajar di situ. Persembahan disampaikan dalam Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris.
Selain itu, ketua misi, Ustazah Sakinah juga sempat memberikan sepatah dua kata kepada anak-anak murid di sekolah itu. Mereka dinasihatkan untuk belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan peluang yang ada supaya mereka dapat menyediakan masa depan yang cerah untuk diri mereka dan negara.
Alhamdulillah, tanpa sumbangan daripada rakyat Malaysia, sekolah ini tidak akan dapat dibangunkan dan anak-anak ini tidak akan mendapat pendidikan yang selayaknya mereka terima. Semoga Allah berkati usaha ini.
#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain