Pada 22 November 2019, para petugas meneruskan misi dengan melawat Kem Zamka yang terletak di Albab, Syria.
Di kem ini, terdapat sebuah telaga yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Alhamdulilah, dengan tambahan dana yang ada, telaga ini sudah berjaya diperluas.
Telaga ini juga dapat membekalkan air bersih dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk di kem ini.
Selain itu, petugas-petugas misi juga mengagihkan sebanyak 280 briket zaitun, 140 helai selimut dan 50 pek makanan kepada pelarian-pelarian di kem ini.
#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain