ZAKAT & FIDYAH
Alhamdulillah amanah zakat dan fidyah yang telah anda salurkan kepada kami telah selamat kami agihkan bagi penduduk yang layak di kawasan Timur Ghoutah.
Agihan telah disempurnakan oleh rakan NGO pelaksana kami di sana iaitu NGO Resalet Ashaam. JazakumuLLah di atas kepercayaan anda terhadap usaha-usaha kami.Dapat juga mereka di sana merasa secebis kegembiraan di celah kehidupan mereka yang sangat sukar sekarang ini. Semoga segala usaha kita diberkati Allah subhanahu wa taala.