Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib
Hari Keempat
Alhamdulillah. Agihan bantuan makanan untuk pelarian Idlib bagi hari keempat telah berjaya dilaksanakan.
🍕 Pek Makanan: 770 pek
🍕 Makanan: Nasi, daging, kacang, yogurt dan roti.
Seramai 3,080 pelarian mendapat manfaat daripada agihan hari keempat ini.
Untuk makluman semua, penerima makanan ini adalah pelarian dari pinggiran Idlib Selatan dan juga pinggiran Hama yang lari dari kampung halaman mereka akibat pengeboman yang tidak henti di sana.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyumbang melalui Tabung Kecemasan Idlib yang Syria Care gerakkan.
Bantuan makanan akan diagihkan secara berperingkat.
#syriacaremedia #syriacareforhumanity