TIMUR GHOUTAH (2015)

11846637 138010806537847 8090672944951716972 N

Alhamdulillah. Wang Fidyah diagihkan kepada fakir dan miskin di Timur Ghoutah telah ditunaikan amanahnya semalam. Semoga Allah swt menerima segala amal ibadah dan memberkati harta juga pendapatan semua penyumbang.

Timur Ghoutah adalah sebuah kawasan di pinggiran Kota Damsyik yang masih terkepung sehingga kini di mana tiada bekalan makan dibenarkan masuk atau keluar. Ini menyebabkan penduduk Timur Ghoutah menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan apatahlagi pekerjaan dan sumber pendapatan.

Mahupun begitu masih ada lorong-lorong tikus yang digunakan untuk penduduk Timur Ghoutah memperoleh bekalan dengan keadaan yang sangat payah. Sumbangan Agihan Fidyah seperti ini harus dijadikan contoh ikutan di mana ianya diagihkan di kawasan yang sangat-sangat memerlukan di samping ianya dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang mulia pula.

Insya’Allah pasti pahala kurniaan Yang Maha Esa akan berlipat kali ganda. Hubungi Syria Care untuk agihan Fidyah anda segera.

Kongsi Artikel Ini