Alhamdulillah, kempen #Care4Syria telah menaja seramai 50 orang pelajar Maahad Abu Hanifah An-Nouman, Idlib dalam mendalami ilmu berkaitan syariah.
Meskipun peperangan di Syria masih lagi berterusan, pendidikan tidak boleh diambil mudah. Pihak Syria Care telah menaja sebanyak RM 16,220 (USD 4,000) bagi #Food4Syria sepanjang sesi pembelajaran berlangsung manakala RM8,110 (USD 2,000) bagi baik pulih masjid iaitu tempat para pelajar menerima ilmu.
Terima kasih kepada semua penyumbang kerana telah membuka peluang bagi anak-anak Syria menimba ilmu dunia mahupun akhirat. Semoga ilmu yang dipelajari mereka dapat memberikan manfaat kepada kita. Ameen.


![Kenyataan Media Syria Menuju Masa Depan Lebih Stabil Dengan Gabungan Sdf & Kerajaan Baru[1] Page 0001](https://syriacare.org.my/wp-content/uploads/2025/03/KENYATAAN-MEDIA-SYRIA-MENUJU-MASA-DEPAN-LEBIH-STABIL-DENGAN-GABUNGAN-SDF-KERAJAAN-BARU1_page-0001-scaled.jpg)