25 Julai 2019, Tadika Ceria Arifmurni, Taman Batu Berendam Putra merupakan institusi pendidikan yang ketiga menerima kunjungan Syria Care bagi menjayakan Kempen Satu Ringgit yang dilaksanakan di Melaka hari ini.
Alhamdulillah kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada warga Tadika, sekitar 45 orang yang terdiri daripada warga pendidik dan pelajar dari cawangan Batu Berendam dan Krubong.
Kempen ini diisi dengan persembahan multimedia yang diselang-selikan dengan sesi soal jawab bersama para pelajar.
Benarlah pepatah mengatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Para pelajar disini bukan sahaja cakna dengan isu kemanusiaan yang berlaku pada abad ini. Malah mereka juga menunjukkan sikap dan tindak balas positif terhadap perkongsian yang disampaikan.
Selepas sahaja tamat perkongsian, Tabung Kemanusiaan dilancarkan sebagai simbolik keprihatinan Tadika Ceria Arifmurni terhadap isu kemanusiaan Syria. Diharapkan para pelajar disini akan terus cakna dan menjadi contoh yang baik kepada generasi yang akan datang.
#KempenSatuRinggit #RM1SayaUntukAwak
#IniBukanKerjaMainmain