Travelog MKSC 6.0 : Iman

11

Sikecil ini namanya Iman. Seorang gadis cilik luar biasa. Kami gelarkannya Perdana Menteri Kilis.

Iman ini tidak boleh duduk diam. Ada saja perkara yang nak dilakukannya. Sewaktu kami dan yang lain2 sedang menunggu waktu berbuka, dilihatnya tempat kami tak cukup makanan, dia bingkas bangun dan mendapatkan makanan tambahan.

Kemudian, dilihatnya sabahatnya terjatuh, dia bangun lagi dan membantu sahabat kecilnya itu.

Tidak terhenti disitu, Iman pergi ke arah orang ramai sambil perhatikan jika ada yang masih tidak mendapat minuman atau makanan kerana masa berbuka sudah hampir.

Semasa kami berbuka, dia menghulurkan sejenis manisan kepada kami. Dan dia sambung berbuka. Alih-alih kami lihat dia bangun dan makan bersama kawan-kawannya yang lain.

Saya sengaja bertanya jika ada air tambahan, dia lantas bangun dan berusaha mendapatkannya.

Gelagatnya agak lucu dan comel, tetapi jika dilihat dari aspek lain, inilah sepatutnya ciri-ciri kemanusiaan yang perlu ada dalam diri kita. Tidak malu untuk membantu. Tidak mengeluh untuk menolong.

Usianya dalam anggaran 9 atau 10 tahun. Tetapi jiwa kemanusiaannya besar dan luar biasa.

Saya dan team tak sempat nak rakam video kerana terlalu asyik melihat keletah dan kesungguhannya membantu orang lain.

Sahabat saya, Zana, Asyraf dan Nurul juga punyai kenangan bersama Iman….

Doa kami buat adik Iman. Semoga kamu terus cekal sayang. Sikap dan kebaikanmu kelak akan menyelamatkan ketirisan adab dan akhlak dalam masyarakat hari ini.

Rindu Iman.

Nurdieana Mohd Mardzi
16/5/2018
Kilis

Kongsi Artikel Ini