Serang 13 kawasan penduduk

7

Sekurang-kurangnya 10 maut dan lebih 30 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam selepas tentera regim Bashar al Assad melancarkan serangan artileri ke atas wilayah Idlib.

Menurut White Helmets, serangan yang bermula pada Sabtu lalu, menyasarkan 13 kawasan padat di bandar Khan Sheikhoun dan Maaratul Nu’man.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, ia mengesahkan tiga kanak-kanak dan empat wanita telah menjadi korban dalam tempoh itu.

Mengulas perkembangan yang berlaku, Pengarah White Helmets di Idlib, Mustapha Yousuf memberi amaran serangan berterusan akan menjadikannya satu lagi bencana kemanusiaan.”Banyak pertumpahan darah kebelakangan ini dan sebahagian mangsa adalah kanak-kanak dan wanita,” katanya kepada Anadolu.

Sepanjang tahun ini sahaja, lebih 63 orang awam terbunuh dan beratus lagi cedera ekoran serangan berterusan tentera regim ke atas wilayah itu.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini