Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)
Hari 4 | 5 Mei 2019
Ziarah dan Agihan Sumbangan Kepada Ibu Tunggal
Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 menziarahi ibu tunggal, Khasmiah yang mempunyai lapan orang anak.
Seorang daripada anaknya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan seorang lagi mengalami patah tangan, manakala enam lagi normal dan sihat alhamdulillah.
Mereka sekeluarga berasal dari Homs kemudian terpaksa melarikan diri dan berteduh di Kem An Nur ini sudah hampir tiga tahun.
Pada akhir ziarah ini, Pengerusi Syria Care- Ustazah Siti Sakinah menyerahkan sumbangan rakyat Malaysia kepada ibu Khasmiah agar dapat mengurangkan sedikit bebanan yang dihadapinya.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sumbangan dan sokongan yang diberikan. Sumbangan anda telah memberi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan di Syria.
_______
Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560
Sumbangan atas talian:
• https://syriacare.org.my/donate/
atau
• https://www.billplz.com/KRAK7
#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama