Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0: Kem di Ra’su AsSin, Arsal Lubnan

49343233 2015007798586048 1649760877571735552 N

16 Januari 2019

Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 dibawa ke satu kawasan penempatan pelarian Syria yang terletak di atas sebuah bukit dan dinamakan Ra’su As Sin. Terdapat 112 keluarga pelarian di sana.

Angin kuat dan ribut tidak henti dari malam sebelumnya sehinggalah saat petugas misi ke sana, ditambah lagi dengan salji yang turun dengan lebatnya. Keadaan sangat sejuk di sana.

Mereka memaklumkan bahawa ketika ribut “Norma” yang melanda kawasan mereka baru-baru ini mereka tidak dapat keluar ke mana-mana kerana jalan ditutup akibat salji tebal dan sangat berbahaya.

Bayangkan ketika kami menuruni kawasan tersebut, jalan sudah memutih dengan salji tebal dan sudah semestinya jalannya licin. Allahu Akbar.

Dikesempatan ini, Syria Care mengagihkan bantuan diesel dan pek makanan kepada 112 keluarga tersebut. Semoga mereka dapat bertahan dengan bantuan yang disampaikan.

Teruslah menyumbang agar lebih banyak bantuan dapat diagihkan kepada mereka di sana. Petugas Syria Care akan berada di sana selama 4 HARI sahaja lagi.

Jangan berlengah, menyumbanglah sekarang!

[huge_it_slider id=”579″]

Akaun bank Syria Care:
🏧 Maybank: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:

Donate

Ref : KEM ARSAL

Kongsi Artikel Ini