Kami tidak menokok tambah bila bercerita mengenai kanak-kanak Syria yang mati kerana kesejukan dan kebuluran.
Apa yang menimpa mangsa konflik adalah satu realiti.
Perkara sama berulang ketika rakan kerjasama Syria Care di Syria, Khair Ghouta, mengagihkan bantuan kayu api di sebuah kem pelarian di Tel Minnes, timur Idlib.
Sukarelawan kami bertemu dengan seorang lelaki yang kemudian menceritakan apa yang menimpanya.
Jelas si bapa, anaknya Hasan Bassam al-Hasan, yang meninggal dunia dua minggu lalu.
Katanya, anak yang berusia setahun menemui ajal akibat kesejukan ketika ribut melanda kawasan dia berlindung.
Hasan gagal bertahan dan kemudian meninggal dunia.
Sambil bercerita dia menunjukkan kepada sukarelawan kami gambar Hasan, yang kelihatan riang. Malangnya umur kanak-kanak itu tidak panjang dan menjadi korban musim sejuk tahun ini.
Dalam keadaan konflik dengan skala yang besar, kematian akibat cuaca sejuk adalah satu fenomena kerana pelarian tidak mempunyai keperluan asas dan untuk membuat persiapan, ia perkara yang mustahil mereka dilakukan.
Suhu yang menjunam ditambah dengan hujan dan ribut, ada ketikanya menjadi menjadi terlalu ekstrem. Tanpa pakaian yang sesuai dan peralatan memanas serta makanan, fizikal manusia tidak mampu bertahan.Apatah lagi kanak-kanak.
Hasan menjadi korban musim dingin kali ini. Namun kita masih belum terlambat untuk membantu mereka khususnya kanak-kanak yang lain dari mati kesejukan.
Salurkan bantuan anda agar tragedi yang sama tidak berulang.
Sumbangan boleh dibuat melalui Bantuan Musim Sejuk (BMS 7.0) Syria Care. Ia boleh disalurkan melalui akaun berikut:
RHB: 26225000021775 CIMB: 8601894560 Maybank:562106653575
Atau hubungi Pegawai Kewangan Syria Care 011-28809820
Razali Awang
Media Syria Care