Syria Care menggerakan Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 ke tiga buah negara, iaitu Lubnan, Turki dan Syria bermula 30 November 2018, yang diketuai Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki bersama lima petugas termasuk pengamal media tempatan.
Destinasi pertamanya adalah Tripoli, Lubnan di mana kumpulan berkenaan akan meninjau dan memantau proses pengagihan bantuan berupa pek makanan dan sumbangan kewangan kepada pelarian di sana.
Sementara itu, bagi pengagihan bantuan di Syria, satu kontena hasil sumbangan pelbagai pihak khususnya dari rakyat Malaysia telahpun tiba dari China di Pelabuhan Mersin, Turki pada 23 November lalu.
Ia membawa pelbagai keperluan pelarian seperti pakaian sejuk, sarung tangan, stokin dan selimut dengan kos sebanyak RM682,312.70
Dalam usaha memastikan segala urusan berjalan lancar, Syria Care telah menjalinkan kerjasama dengan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Turki, Turkiye Diyanet Vakfi (TDV).
Pengagihan akan dibuat dalam tempoh terdekat membabitkan kem pelarian di Azzaz, Turkman Bareh dan Jarablus di utara Aleppo.
Bagi kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 (BMS 7.0) kali ini Syria Care mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM3 juta.
Sumbangan lebih besar diperlukan ekoran keadaan semasa di di Idlib.
Pada masa sekarang terdapat lebih 3.5 juta pelarian dan penduduk berlindung di situ selepas wilayah berkenaan diisytihar sebagai zon bebas perang (DMZ) dan menjadi satu-satunya kawasan yang sebahagian besar dikuasai kumpulan anti kerajaan.
Pengagihan BMS 7.0 kali ini juga akan diperluas di luar wilayah itu termasuk di utara Aleppo dan Latakia.
Bagi memastikan pelarian di sana tidak kebuluran dan mati kesejukan, Syria Care merayu orang ramai tampil menghulurkan sumbangan. Ia boleh dibuat melalui akaun berikut:
RHB: 26225000021775
CIMB: 8601894560
Razali Awang
Media Syria Care
[huge_it_slider id=”491″]