Kerah militan Iran ke utara Syria

Untitled

 

Militan Hezbollah dan pro Iran dilapor dibawa keluar dari wilayah Daraa, Etman dan bandar Khirbet Ghazaleh.

Langkah itu dilakukan selepas intipan udara dibuat ke atas kedudukan kumpulan anti kerajaan di situ.

Kawasan berkenaan dianggap penting kerana ia dihubungkan dengan lebuh raya ke ibu negara, Damsyik dan Amman di Jordan.

Menurut Anadolu, proses pengunduran telah bermula sejak tiga hari lalu dan dijangka akan selesai pada Selasa.

Dalam laporannya, ia berkata kesemua mereka dibawa ke bandar Al Sanamin, di utara Daraa sebelum dikumpul bersama divisyen kesembilan di mana dari situ mereka akan ditempatkan semula jauh di utara dan Damsyik.

Tempat yang mereka tinggalkan kemudiaan akan diganti tentera regim Bashar al Assad khususnya di kawasan Sajna an Al Manshiyya.

Sebelum ini bagi menghadapi tentangan kumpulan anti kerajaan, sejumlah besar militan asing yang disokong Iran dan Hezbollah seperti Tentera Pengawal Revolusi Iran, Divisyen Fatemiyoun dan Tentera al Quds. Sebahagian besar mereka ditempatkan di Daraa dan Quneitra, selatan Syria.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini