Mangsa bom asid tiba di AS

Untitled
Dua pelarian Syria, masing-masing berusia 8 dan 17 tahun tiba di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menjalani pembedahan plastik akibat serangan bom asid.
Aysha dan Hamama akan menjalani rawatan yang akan dikendalikan Dr. David Alessi di Beverly Hills.
“Personaliti yang menarik dan kanak-kanak yang manja.
“Melihat apa yang berlaku ke atas mereka, tidak boleh dibayangkan ,”kata pakar bedah itu.
Menurut laporan yang dipetik NBC Los Angeles, kos pembedahan ke atas dua kanak-kanak berkenaan akan ditanggung oleh beberapa badan kebajikan.
“Biasannya kami membawa mereka ke Galveston, Texas.
“Ini adalah pertama kali membawa mereka ke Los Angeles dan kami sangat teruja,” kata Susan Baaj, Pengerusi Burnt Children Relief Foundation, sebuah badan sukarela yang bertanggungjawab membantu mangsa perang dan konflik menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialami./NBC Los Angeles
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini