White Helmets jahat-Media Iran

Whatsapp Image 2018 08 29 At 2.15.38 Pm

 

Agensi berita Iran Fars News, menyiar laporan yang mengecam kredibaliti White Helmets yang selama ini banyak membantu menyelamat nyawa mereka yang menjadi mangsa konflik di Syria.

Dalam laporan atas talian bertarikh 28 Ogos 2018, Fars News menuduhnya sedang merancang serangan kimia ke atas orang awam bagi mengabui mata masyarakat antarabangsa dan kemudian mengaitkan ia angkara serangan regim Bashar al Assad dan sekutunya, selepas diusir ke utara Syria.

“Mereka kini ditempatkan di utara, ke kawasan pengganas, sedang berusaha untuk terlibat terutamanya merancang serangan senjata kimia baru yang mana kemudian menyalahkan tentera kerajaan Syria bagi menjadikan alasan lebih banyak serangan udara Amerika Syarikat ke atas negara bergolak,” petik laporan itu.

Katanya, White Helmets akan berbuat demikian apabila Idlib diserang tentera kerajaan.

Fars News juga mendakwa bahawa sukarelawan berkenaan turut bekerja untuk kumpulan pengganas Al Qaeda, Nusra Front.

Lebih teruk ia melempar fitnah bahawa anggota White Helmets bertindak “memutihkan” jenayah yang dilakukan dengan berselindung dengan kerja-kerja kemanusiaan, seperti yang dibuat di Afrin.

“Masyarakat antarabangsa tidap pernah percaya maklumat dari White Helmets proksi Washington (Amerika Syarikat) atau kumpulan sekutu pemberontak Al Qaeda atau media pembangkang yang didominasi oleh kumpulan pengganas.

“Di sudut lagi media yang bersekongkol dengan pengganas termasuk White Helmets (yang mengangkat senjata di sisi ISIL) dan kumpulan pengganas lain menyokong berita perang palsu. Orang seperti ini media dan kerajaan Barat percaya untuk mendapat maklumat mengenai serangan senjata kimia palsu untuk menuduh kerajaan Syria,” dakwanya.

Dalam laporannya Fars News turut merumus bahawa regim Bashar al Assad tidak memerangi dan membunuh rakyatnya.

“Kumpulan militan di kebanyakan wilayah di Syria telah menyerah senjata kepada tentera Syria dan menyertai perjanjian damai dengan kerajaan. Ia membuktikan bahawa tanpa ragu bahawa kerajaan (Bashar) tidak berperang dengan rakyat sendiri tetapi dengan pengkhianat dan kumpulan pengganas yang disokong kuasa asing,” tulisnya.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini