Kempen Ramadan Al Khair 6.0 : SME Bank
🚩 Fasa 2 : 28 Ramadan 1439H – 13 Jun 2018.
Pihak SME Bank telah menyerahkan sebanyak RM100,000.00 kepada Syria Care untuk melaksanakan agihan makanan iftar di dalam Syria sepanjang Ramadan 1439H yang lalu sempena Kempen Ramadan Al-Khair 6.0.
Alhamdulillah, agihan makanan telah selamat dilaksanakan secara berperingkat sepanjang Ramadan yang lalu..
🚩 Jumlah hidangan : 2,035 pek
🚩 Jumlah penerima manfaat : 10,175 orang
🚩 Kawasan agihan : Binnesh, Zardana, Taftanaz di Idlib.
🚩 Pelaksana : NGO Emaarusham
Set makanan ini diagihkan kepada keluarga fakir dan pelarian.
Syria Care mengucapkan jutaan terima kasih kepada SME Bank atas kerjasama yang sangat bermanfaat ini.
#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #SyriaCareforhumanity
[huge_it_slider id=”259″]