#KERUSIUNTUKIMAN-TELAH BERJAYA DISAMPAIKAN!

0002

Pada 26 September 2017 yang lalu Iman terlibat dalam satu serangan di Jisr Asyughur yang mengakibatkan sebelab kakinya terputus dan bahagian perutnya cedera.

Dalam peristiwa itu juga ayah,adik dan ayah saudaranya syahid.

Selepas melihat gambarnya di internet pihak Syria Care dengan kerjasama Muassasah Al-Ahbab di Idlib telah menjejakinya.

Dan sewaktu team Syria Care ke Syria Oktober pihak kami telah bertemu dengannya.

Ekoran dari pertemuan itu pihak Syria Care berusaha membeli untuknya sebuah kerusi roda bagi memudahkannya ke sekolah.

Namun berbagai cabaran terpaksa dilalui sebelum kerusi itu dapat diserahkan kepadanya memandangkan Iman dan keluarga terpaksa berpindah ke tempat lain akibat pengeboman berterusan di kampungnya.

Mereka sekarang berada di kawasan yang lebih aman dan Iman sudah mampu ‘memandu’ kerusi rodanya sendiri tanpa perlu didukung ibunya atau ahli keluarganya yang lain.

Terimakasih buat semua penyumbang yang telah memungkinkan ini buat anak kecil yang tabah ini.

#SyriaCareNews #SyriaCareMedia #STOPKILLINGSYRIANS

[huge_it_slider id=”166″]

 

Kongsi Artikel Ini