DANA UNTUK PELARIAN SYRIA SUSUT

Whatsapp Image 2018 04 26 At 11.23.10

Kekurangan dana menjadi cabaran utama kepada agensi bantuan kemanusiaan bagi menyalurkan bantuan kepada 13 juta pelarian Syria pada 2018.

Pada Persidangan Mengenai Masa Depan Syria Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)- Kesatuan Eropah(EU), ia mengesahkan kutipan sumbangan daripada penderma tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, iaitu AS6 bilion.

Menurut jurucakapnya, melalui usaha dan kempen yang dibuat ia menjangkakan kutipan AS4.4 bilion.

“Anggaran terbaik dan ramalan saya bahawa menjelang penghujung tahun kita meramalkan AS4.4 bilion untuk tahun 2018. Saya secara khususnya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada EU, Jerman dan United Kingdom yang berjanji dalam jumlah yang besar,” kata Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock.

Kekurangan sumbangan itu mencetuskan kebimbangan berhubung nasib pelarian Syria.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)
di Asia Barat, Amid Awad berkata kekurangan bekenaan akan memberi impak yang besar.

Sementara itu, Utusan Khas PBB ke Syria Staffan De Mistura khuatir dengan nasib pelarian khususnya di Idlib.

“Idlib menjadi cabaran baru, 2.5 juta pelarian. Terdapat wanita, kanak-kanak, orang awam dan ia mendadak naik di sana,”katanya seperti dilapor Middle East Eye.

Dalam satu kenyataan bersama selepas sidang berkenaan, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meluahkan rasa rasa tidak puas hati berhubung isu yang sama.

Katanya, persidangan itu tidak pergi cukup jauh untuk memberi sokongan yang mencukupi kepada berjuta-juta orang Syria yang memerlukan bantuan bagi menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Dalam kenyataan bersama dari CARE, IRC, Mercy Corps, NRC, Save the Children, Oxfam dan NGO lain, berkata, janji-janji yang dibuat di Brussels, tidak membawa sebarang makna.

Ia memberi contoh mengenai nasib anak pelarian di Lubnan yang terpaksa bekerja untuk menampung dan membantu keluarga. Begitu juga dengan rakan mereka yang seusia di Jordan, yang tercicir dalam pembelajaran.

Kongsi Artikel Ini