Dalam usaha meningkatkan dan menyebarkan nilai-nilai kemanusiaan kepada masyarakat khususnya mahasiswa, Syria Care dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara Universiti Antarabangsa Islam Malaysia berjaya menganjurkan Bicara Kemanusiaan sempena dengan Jelajah Kemanusiaan IPT @ UIAM Sesi perkongsian yang berlangsung di Mini Auditorium ini menampilkan panelis:
💡 Ustazah Siti Sakinah binti Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care
💡 Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Pensyarah UiTM dan Penasihat Kehormat (Pendidikan) Syria Care
💡 Khai Bahar, Selebriti dan Ikon Kembara Syria Care dan Moderator: 💡 Puan Rohaya Ngah, Aktivis Syria Care
Antara input yang diketengahkan adalah: -Perkongsian pengalaman team Syria Care melakukan Misi Kemanusiaan di Turki dan masuk ke dalam Syria.
-Masyarakat terutamanya para pelajar dapat memainkan peranan mereka tentang isu kemanusiaan seperti di Syria.
-Tips bagi seorang selebriti terkenal tanah air yang sentiasa sibuk dengan jadual harian tetapi masih sempat meluangkan masanya untuk kerja-kerja kemanusiaan.
Semua itu dikupas dalam forum yang berlangsung hampir dua jam tersebut. Terima kasih kepada semua hadirin yang memeriahkan dewan. Semoga forum semalam membuka hati dan minda kalian tentang isu kemanusiaan ini. #JelajahKemanusiaanIPT #HumanitarianMission2018 #SyriaCare #NARRecords #SRNxIIUM #HumanandHumanity #BicaraKemanusiaan