Pejabat Syria Care menerima kunjungan daripada Pn Noorlizah Salleh iaitu yang mewakili Penduduk Kampung Malaysia Raya, Sg. Besi pagi tadi.
Kunjungan ini bertujuan untuk menyerahkan sumbangan yang dikumpul oleh penduduk kampung untuk rakyat Syria yang sangat memerlukan ketika ini.
Syria Care mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan ikhlas ini dan kami akan uruskan amanah ini buat rakyat Syria dengan penuh tanggungjawab, Insya Allah.