Lebih banyak bantuan kemanusiaan diperlukan dalam usaha membantu dan menyelaras pertambahan pelarian Timur Ghoutah di Idlib.
Sebagai usaha awal menampung kebanjiran sebahagian besar 50,000 orang yang dibawa keluar dari Timur Ghoutah, agensi bantuan kemanusiaan Turki, The Humanitarian Relief Foundation (IHH), membuka kawasan sementara baru di perkampungan Der Hassan yang bersempadan dengan Hatay.
Menurut jurucakapnya, Selim Tosun, Buat permulaan 350 keluarga telah ditempatkan di situ dan 150 lagi akan dibangunkkan pada masa terdekat bersama sebuah sekolah.
Manakala bekalan sumber air minuman bersih akan dihantar melalui lori tangki.
“Keluarga yang melarikan diri dari kepungan telah tiba di Idlib selepas perjalanan jauh dan mereka melalui saringan kesihatan di klinik bergerak yang disediakan,”katanya kepada agensi berit Anadolu.
Sebahagian besar mereka yang telah tiba sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan berselerak tanpa keperluan asas.
Dalam perkembangan berasingan konvoi keenam belas yang membawa orang awam dan kumpulan anti kerajaan dari Timur Ghoutah telahpun tiba di daerah Al Bab, Aleppo pada Khamis.
Ia membawa 633 orang termasuk 233 kanak-kanak dan 180 wanita.
Buat sementara mereka akan ditempatkan di Kabassin.