Sebelum didiami , padang pasir yang menempatkan kem pelarian Zaatari di Jordan, berhabuk, gersang dan tidak bermanfaat.
Selepas perang saudara di Syria merebak, penghuninya bertambah hampir setiap malam yang menjadi tempat berteduh orang awam yang melarikan diri dari keganasan.
Kem yang terletak sekitar 12 kilometer di sempadan Syria menempatkan rangkaian khemah putih bertanda Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk melindungi mereka dari musim panas teruk.
Hari ini, ia telah berkembang dan mempunyai dunianya sendiri, perubahan dari sebuah kem pelarian kepada bandar yang dihuni sekitar 80,000 orang.
“Pertama kali bila kami tiba, kami tidak biasa dengan kehidupan sebegini. Kami tinggal di dalam khemah dan orang ramai juga menjual barangan asas di dalam khemah mereka. Tiada barangan aksesori, hanya yang asas seperti syampu. Sekarang segalanya berkembang, kata remaja perempuan berusia 16 tahun, Tabarak.
Terdapat satu jalan pasar yang terkenal, yang dikenali sebagai Champs-Elysees yang menjadi simbol kepintaran dan keusahawanan rakyat Syria.
Di sepanjang pasar, terdapat pelbagai lot kedai, kafe, setor pakaian, makanan dan restauran kecil.
“Kami nampak banyak perubahan dari segi ekonomi. Kami warga Syria telah mengubah kem dan membuka pasar dan ia jadi seperti Pasar Al Hamidiya di Syria,” kata seorang lagi remaja Najat, juga berusia 16 tahun.
Di sini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) begitu memainkan peranan bersepadu dalam kehidupan sehingga menjadi kebiasaan rakyat Syria menyebut namanya ketika berbincang hal-hal persekolahan, program latihan, hobi dan pusat makanan.
Di kem ini juga masih terdapat empat generasi yang masih tinggal di bawah satu bumbung. Bagi golongan paling muda, mereka tidak tidak mengingati apa-apa selain keadaan di kem.
Bagi remaja yang membesar di kem Zatari, mereka mempunyai kenangan terhad di mana memori di Syria amat jauh tetapi dengan cerita-cerita yang disampaikan, ia dekat di hati.
“Satu ketika dulu, ibu saya selalu bercuti di seluruh Syria ke bandar seperti Aleppo, Idlib dan Tartus. Dia menulis dalam diarinya. Dia juga bercerita mengenai kilang kisar gandum di Hama dan setiap satu bandar yang terkenal,” cerita Najat.
Tulisan ini telah diterjemah dari artikel asal yang disiarkan Al Jazeera. Bagi maklumat lanjut sila ke pautan : https://www.aljazeera.com/…/syria-war-jordan-zaatari-refuge…