ERDOGAN SAMBUT KARIM

29598123 1648548215226305 3384282014200856713 N

Karim Abdallah, kanak-kanak yang hilang sebelah mata dan mengalami cedera parah dalam serangan regim Bashar al Assad ke atas Timur Ghoutah Disember lalu tiba di Hatay, Turki.

Lebih bermakna, ketibaannya dirai Presiden Recep Tayyip Erdogan dan isteri.

Dalam gambar yang dimuatnaik Anadolu, ia menunjukkan Karim, yang kehilangan ibu, dikendong Erdogan dalam keadaan dia tidur sambil puting di mulut.

Sebelum ini, dia dan keluarganya meninggalkan Timur Ghoutah dan menuju ke Idlib sebelum melepasi pintu sempadan Civelgozu, di Reyhanli.

Kecederaan yang dialami Karim menjadi tular ke serata dunia selepas kisah dan gambarnya disebar melalui media sosial.

Sebagai sokongan, pengguna Twitter misalnya, memuat naik gambar sambil sebelah tangan menutup mata kiri dengan kata-kata “#BabyKarim I see you” dan “#EasternGhouta siege must end”.

Kongsi Artikel Ini