SETUJU PINDAH ORANG AWAM

Whatsapp Image 2018 03 14 At 10.17.50

Hampir 150 orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sakit dan cedera berjaya dibawa keluar dari Timur Ghoutah untuk mendapatkan rawatan di kawasan yang dikuasai tentera regim Bashar dan sekutunya.

Usaha pemindahan pada Selasa dilakukan dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Arab Syria, SACR.

Menurut Jurucakap Jaish al Islam, Yasser Delwan, operasi berkenaan membabitkan kumpulan pertama dari Douma dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Mereka yang dibawa keluar terdiri daripada 1000 senarai nama yang diberikan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menerima rawatan kecemasan.

Menurut laporan yang dipetik Reuters, persetujuan itu dicapai selepas rundingan dibuat dengan regim melalui pihak ketiga.

Bagaimanapun, Jaish al Islam menegaskan, pemindahan hanya melibatkan penduduk awam dari Douma, bukan dari bandar lain yang masih dikuasainya.

Menurut sumber tentera Syria, operasi pemindahan membabitkan 24 lelaki, 44 wanita dan 78 kanak-kanak, termasuk 10 pesakit.

Kongsi Artikel Ini