MANA PBB, OIC DAN LIGA ARAB?

Image
Lebih 63 penduduk di Timur Ghoutah dibunuh dalam siri pengeboman besar-besaran tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia di kawasan itu pada Selasa 6 Februari 20180.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), beratus lagi mengalami kecederaan teruk akibat serangan tanpa henti.
 
Pada Isnin, lebih 31 maut di kawasan itu yang telah dikepungnya sejak lima tahun lalu.
 
“Hari ini tiada kawasan selamat. Ini maklumat yang orang perlu tahu. Tiada ruang selamat,”kata sukarelawan White Helmets, Siraj Mahmoud, kepada Reuters.
 
Timur Ghoutah dan Idlib yang mana kedua-duanya telah dipersetujui sebagai zon bebas perang oleh tiga pihak, iaitu Bashar, Rusia dan Turki, gagal sama sekali berfungsi.
 
Ketika mana penyembelihan besar-besaran sedang berlaku, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya mampu mengeluarkan kenyataan retorik.
 
Ia setakat mengeluarkan kecaman dengan menegaskan usaha yang dibuat untuk menghentikan serangan di zon bebas perang telah dipermainkan Bashar dan sekutunya.
 
Serangan besar-besaran dibuat selepas Rusia dan Amerika Syarikat berperang mulut di PBB pada Isnin lalu, berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia dalam serangan ke atas orang awam di kawasan yang dikuasai pejuang anti kerajaan di Syria.
 
Di saat keadaan menjadi semakin genting dengan peningkatan korban yang semakin meningkat, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dilihat tidak melakukan sebarang usaha tegas untuk menghentikan pertumpahan darah di bumi Syam.
 
Lebih jengkel, Liga Arab yang menjadi pertubuhan serantau di situ, seolah-olah merestui pembunuhan besar-besaran yang dilakukan regim Bashar ke atas rakyatnya.
 
 

Kongsi Artikel Ini