SEDIA PINDAH PENDUDUK TIMUR GHOUTAH

3ef5566600000578 4381838 Image A 25 1491382727009
 
 
Turki sedang berusaha dengan Rusia untuk membawa keluar 500 mangsa yang terkepung di Timur Ghoutah di pinggir Damsyik, Syria bagi mendapat rawatan dan jagaan di wilayahnya.
 
Janji itu diberikan Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum berlepas melakukan lawatan rasmi ke Sudan.
 
“Terdapat sekitar 500 termasuk 170 kanak-kanak dan wanita yang memerlukan bantuan kemanusiaan dengan segera,” kata beliau yang dipetik dari portal middleeasteye.
 
Menurut Erdogan lagi, perkara berkenaan telah dibincang beliau bersama rakan sejawatnya dari Rusia, Presiden Vladimir Putin, bagi membolehkan mereka yang berkenaan dibawa segera ke Turki untuk tindakan susulan.
 
Katanya, panglima tentera kedua negara akan berbincang mengenai langkah-langkah yang akan diambil dan ia turut membabitkan Turkish Red Crescent serta Turkey’s Disaster and Emergency Organisation (AFAD).
 
Minggu lalu, Ketua Petugas Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jan Egeland berkata 16 telah mati ketika menunggu untuk dibawa keluar bagi mendapat rawatan.
 
Menurut beliau lagi keadaan di Timur Ghoutah amat teruk dan keperluan untuk mendapatkan rawatan di luar naik mendadak.
 
“Saya khuatir ramai lagi akan mati. Ketika Krismas dan musim cuti, lebih banyak kematian kecuali kita bawa lakukan pemindahan,” katanya.
 
“Semua mereka sedang menunggu ajal kerana tiada bantuan. Bukan kerana tiada orang yang sanggup pergi ke sana tetapi kerana terdapat permainan kuasa”, luah Egeland.
 
 
 
 

Kongsi Artikel Ini